Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura harus wujudkan pekerjaan baik demi bantu aspirasi kerjaya pekerja

Jul 27, 2019 | 06:52 PM



PASARAN pekerjaan akan menjadi mencabar pada masa akan datang tetapi warga Singapura boleh terus maju dalam kerjaya mereka selagi negara ini berupaya melakukan dua perkara secara konsisten, kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo hari ini (27 Julai).



Ini termasuk mewujudkan pekerjaan baik dan memperbaharuinya agar pekerjaan itu terus relevan dengan keperluan industri dan aspirasi pekerja.



Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan yang menggariskan pendekatan kepimpinan generasi keempat (4G) untuk memastikan semua warga Singapura mendapat bantuan yang diperlukan dalam penyusunan semula ekonomi dan meraih manfaat daripada pekerjaan yang baik.



Cik Teo berucap di satu acara yang diadakan bagi merakamkan penghargaan kepada jurulatih kerjaya dan golongan yang berjaya mendapat pekerjaan menerusi inisiatif Suai-Maju pemerintah.



Sementara penghasilan pekerjaan kekal kukuh, dengan lebih banyak pekerjaan daripada mereka yang mencari kerja biasanya, Cik Teo berkata usaha gigih diperlukan untuk terus menarik syarikat setempat dan asing menjadikan negara ini sebagai pangkalan operasi mereka untuk menyediakan pekerjaan.



Oleh itu, politik setempat tidak harus menyebabkan pelabur hilang keyakinan kerana pekerja biasa yang akan merasa kesannya, bukan ahli politik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >