Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Singapura, Indonesia meterai perjanjian sempadan maritim

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singapura, Indonesia meterai perjanjian sempadan maritim

Sep 03, 2014 | 05:48 PM

SINGAPURA dan Indonesia menandatangani satu perjanjian berhubung dengan penyempadanan wilayah laut kedua-dua negara itu di bahagian timur Selat Singapura.

Majlis penandatangan Perjanjian Penetapan Garis Sempadan Wilayah Laut di Bahagian Timur Selat Singapura itu diadakan di Istana tadi dengan disaksikan oleh Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono.

Menandatangani perjanjian dua hala antara dua negara jiran Asean itu ialah Menteri Ehwal Luar Singapura, Encik K Shanmugam, dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Encik Marty Natalegawa.

Ini adalah perjanjian penyempadanan laut kedua yang ditandatangani Singapura dan Indonesia di bawah pentadbiran Presiden Yudhoyono.

Perjanjian itu meliputi kawasan perairan Pulau Batam dan Changi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3