Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura, Jakarta adakan perbincangan jerebu peringkat tinggi

Sep 29, 2015 | 09:03 AM



KRISIS jerebu perkara utama dalam perbincangan satu mesyuarat peringkat tinggi antara Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, dan Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Encik Luhut Panjaitan, serta Menteri Pertahanan, Encik Ryamizard Ryacudu.


Mesyuarat di Jakarta pada Isnin (28 Sep) itu diadakan sedang Indonesia meningkatkan usaha menangani jerebu yang menyelubungi sebahagian rantau ini sejak beberapa minggu lalu.


Kementerian Pertahanan (Mindef) menyatakan Dr Ng dan Encik Ryamizard membincangkan cara-cara meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala, serta keadaan jerebu di Indonesia.


"Dr Ng mengulangi bahawa Angkatan Bersenjata Singapura sentiasa bersedia menyokong usaha pencegahan jerebu di Indonesia, jika dan apabila diaktifkan," ujar Mindef pada Isnin malam.


Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Cik Siti Nurbaya Bakar, dikatakan sedang berunding dengan pakar tanah gambut mengenai cara lebih baik memadamkan kebakaran hutan terlarang yang sedang membara di Kalimantan dan Sumatera.


Ahli akademik dari universiti utama Indonesia, penyelidik, aktivis hijau dan bekas menteri alam sekitar telah bertemu Cik Siti untuk memberi maklumat mereka sejak Ahad.


"Kami sedang mengumpul maklumat tentang cara menguruskan tanah gambut, menangani kebakaran dengan lebih baik, serta peratudan dan dasar yang perlu diwujudkan pada masa depan," kata jurucakap kementerian itu, Encik Eka Soegiri, kepada akhbar The Straits Times melalui telefon.


Selain itu, Encik Luhut mendedahkan beliau sedang berunding untuk menggunakan pesawat tangki amfibia buatn Russia untuk melawan kebakaran.


Beliau bertemu Duta Russia di Jakarta baru-baru ini mengenai kemungkinan menempatkan sebuah pesawat Beriev Be-200 di Sumatera dan Kalimantan, tempat api sedang marak.


Menurut beliau, kebakaran tahun ini lebih teruk daripada pada 2013.


"Pada tahun itu (2013), kami mempunyai hujan lebat pada Oktober. Kali ini, kami tidak pasti apakah kami akan mempunyai cuaca basah seperti itu pada November," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >