BAHAS BELANJAWAN 2017: KEMENTERIAN EHWAL LUAR

Singapura jalin hubungan dengan dunia demi penakatan

SEBAGAI negara kecil, Singapura mempunyai pengaruh terhad di peringkat sejagat, namun rangkaian rakan yang luas akan membolehkan Singapura berkembang di peringkat antarabangsa, kata Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan.

Selain menjalankan dasar luar yang bebas yang melindungi kedaulatan dan kepentingan Singapura, Singapura perlu kekal relevan, berharga dan rakan yang boleh dipercayai, selain realistik mengenai kedudukan Singapura di dunia.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan