Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura ke-9 terbaik di dunia dalam kedaulatan undang-undang

Oct 24, 2016 | 09:18 AM



UNTUK dua tahun berturut-turut, Singapura berada di tangga kesembilan di dunia bagi kedaulatan undang-undang, menjadi satu-satunya negara Asia dalam 10 tempat teratas dalam kalangan 113 negara.



Republik ini menduduki tempat nombor satu bagi ketenteraman dan keselamatan serta penguatkuasaan kawal selia dalam Indeks Kedaulatan Undang-undang 2016 yang disusun oleh Projek Keadilan Dunia (WJP), sebuah kumpulan penyokong bebas berpangkalan di Amerika Syarikat.



Ketenteraman dan keselamatan melihat faktor yang termasuk keberkesanan mengawal jenayah dan apakah terdapat pergolakan politik, manakala langkah penguatkuasaan kawal selia menilai, antara lain, keberkesanan peraturan pemerintah.



Bagi bebas rasuah, Singapura menduduki tangga kedua, hanya di belakang Denmark.



Tiga negara di tangga paling atas secara keseluruhan dalam indeks WJP itu ialah Denmark, Norway dan Finland, manakala tiga negara paling bawah ialah Afghanistan, Kemboja dan Venezuela.



Indeks itu menilai bagaimana kedaulatan undang-undang dialami orang ramai di seluruh dunia dalam situasi harian, berdasarkan kaji selidik 1,000 responden bagi setiap negara dan temu bual dengan pakar tempatan.



Prestasi sesebuah negara diukur menggunakan 44 penunjuk merangkumi lapan faktor utama, dengan setiap satu diberi markah dan kedudukan di peringkat global dan berbanding rakan-rakan serantau dan paras pendapatan.



Faktor-faktor itu termasuk kekangan ke atas kuasa pemerintah, pemerintahan terbuka, hak asasi dan keadilan jenayah sivil.



Prestasi Singapura kurang baik dalam kategori kekangan ke atas kuasa pemerintah, hak asasi dan pemerintahan terbuka, yang mengukur, misalnya, hak mendapat maklumat dan penyertaan sivik.



Kementerian Undang-Undang Singapura mengalu-alukan indeks itu, sambil mengambil perhatian hakikat Singapura satu-satunya negara Asia yang berjaya mencapai tempat 10 teratas.



"Kami mengalu-alukan Indeks Kedaulatan Undang-Undang Projek Keadilan Dunia sebagai alat yang mengukur pematuhan sesebuah negara pada kedaulatan undang-undang berdasarkan persepsi pakar dan orang awam, yang kami akan kaji sebagai sebahagian daripada komitmen kami pada rangka kerja teguh kedaulatan undang-undang di Singapura," kata kementerian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >