Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura kekal tangga teratas pusat maritim antarabangsa 9 tahun berturut-turut

Jul 12, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA sekali lagi menduduki tempat pertama sebagai pusat maritim utama di dunia dalam Indeks Pembangunan Pusat Perkapalan Antarabangsa Xinhua-Baltic (ISCD), kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA).



Ini tahun kesembilan berturut-turut Singapura diletakkan di tempat teratas dalam indeks itu.



Indeks itu menyediakan kedudukan bebas prestasi 43 lokasi maritim berdasarkan faktor termasuk pengeluaran kargo, kemudahan pelabuhan, khidmat kelautan dan persekitaran perniagaan.



Ia diterbitkan penyedia data kelautan sejagat Baltic Exchange dengan kerjasama agensi berita China, Xinhua.



Singapura berada di tempat pertama berdasarkan prasarana pelabuhan yang teguh, khidmat kelautan yang menyeluruh dan dasar pemerintah yang menyokong.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kewangan), Encik Chee Hong Tat, berkata kejayaan berterusan maritim Singapura sebagai sebuah hab kelautan utama tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama kukuh antara rakan kerjasama tiga pihak.



"Saya mengucapkan terima kasih kepada industri dan kesatuan kami atas daya ketahanan mereka semasa pandemik ini.



"Kami akan terus berinovasi dan berkembang bersama, dan membawa Maritim Singapura ke tahap yang lebih tinggi," kata beliau.



Presiden Persatuan Perkapalan Singapura, Cik Caroline Yang, berkata meskipun ini kali kesembilan Singapura meraih penghormatan tertinggi dalam laporan indeks itu, industri perkapalan juga sedar masih terdapat banyak lagi tugas yang perlu dilakukan untuk memastikan negara ini terus berada di tempat teratas.



"Oleh sebab industri perkapalan kini berada di peralihan pelbagai perkembangan baru seperti usaha penyahkarbonan, kemampanan dan pendigitalan, penting bagi kami terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi seperti MPA, dan pihak berkepentingan lain agar masyarakat perkapalan terus berkembang maju," kata beliau.



Pengerusi Yayasan Maritim Singapura, Encik Hor Weng Yew, berkata kedudukan tempat pertama Singapura secara berterusan dalam indeks itu menunjukkan perpaduan antara industri dengan pihak berkuasa.



Beliau berkata Yayasan Maritim Singapura akan berusaha "untuk memperkukuh Singapura sebagai sebuah Pusat Maritim Antarabangsa dan membangunkan kumpulan bakat yang bersedia bagi maritim untuk menyokong transformasi industri".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >