Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura keluarkan nasihat perjalanan ke Hongkong

Jul 26, 2019 | 07:38 AM



KEMENTERRIAN Ehwal Luar Negara (MFA) telah mengeluarkan nasihat perjalanan menggesa warga Singapura mengelak beberapa kawasan di Hongkong.



Ini berikutan laporan tunjuk perasaan yang dijangka berlaku di dua kawasan di negara tersebut.



Nasihat perjalanan itu mengesyorkan mengelak Lapangan Terbang Antarabangsa Hongkong, di mana tunjuk perasaan dijangka bermula pada 1 tengah hari ini (Jumaat, 26 Julai) dan Yuen Long di Kawasan Baru pada Ahad.



Nasihat itu, yang dipos di Facebook MFA, mengatakan:



"Beberapa minggu kebelakangan ini, tunjuk perasaan telah berlaku di beberapa kawasan di Hongkong.



"Meskipun kebanyakannya aman dan tenang, kes pertembungan berikutan tunjuk perasaan itu telah dilaporkan."



"Anda dinasihatkan untuk kekal agar sentiasa berhati-hati, memantau perkembangan melalui berita tempatan, dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan."



Ia menambah bahawa tunjuk perasaan dan perhimpunan awam besar patut dielak.



Di samping itu, MFA menasihati agar warga Singapura yang sudah pun berada di Hongkong kekal berhubung dengan keluarga dan teman masing-masing agar mereka tahu akan keadaan dan keselamatan mereka.



Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Singapura di Hong Kong, atau Pejabat Bertugas MFA (24 jam) di:



Konsulat Jeneral Singapura di Hongkong



Tel: +852-2527-2212 atau +852-9466-1251 (selepas waktu pejabat)  



E-mel: singcg_hkg@mfa.sg



 



Pejabat MFA (24 jam)



Tanglin, Singapore 248163



Tel: +65 6379 8800 / 8855



E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >