Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Singapura kutuk keras serangan Orlando; tiada laporan warga terjejas

Jun 13, 2016 | 11:55 AM

SINGAPURA mengutuk keras pembunuhan beramai-ramai di kelab malam di bandar Orlando di Florida, Amerika Syarikat pada Ahad (12 Jun), dengan berkata "tiada alasan bagi tindakan serupa itu".

Ia juga mengucapkan "takziah" kepada keluarga mangsa, serta mengharap mangsa cedera sembuh segera, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin (13 Jun) daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura.

Kedutaan Singapura di Washington telah menghubungi kebanyakan warga Singapura yang didaftarkan di Orlando, dan memastikan mereka selamat, kata kenyataan itu.

Ia juga menambah bahawa tiada laporan bahawa warga Singapura terlibat dalam kejadian tersebut, yang merupakan kejadian tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika.

MFA menggesa warga Singapura di Orlando supaya berwaspada dan ikut arahan daripada pihak berkuasa di sana.

Berita Popular

Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kedutaan itu atau Pejabat Bertugas MFA seperti berikut:

Kedutaan Singapura di Washington DC:

- Tel: +1 (202) 537 3100

- E-mel: singemb_was@mfa.sg

Pejabat Bertugas MFA:

- Tel: +65 6379 8800 / 8855 (hotline 24 jam)

- E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map