Singapura kutuk serangan pengganas di Lahore, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Singapura kutuk serangan pengganas di Lahore

Mar 28, 2016 | 02:33 PM

SINGAPURA mengutuk keras serangan pengganas di Lahore, Pakistan, pada Ahad (27 Mac), yang mengorbankan sekurang-kurangnya 69 orang, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin.

"Kami amat sedih dengan tindakan ganas tidak masuk akal itu, yang membunuh dan mencederakan ramai orang awam tidak berdosa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak," kata MFA dalam satu kenyataan.

"Kami melahirkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa dan rakyat Pakistan," katanya.

"Serangan kejam itu satu peringatan tentang ancaman yang kita semua hadapi daripada pengganasan, dan peri perlu pengawasan dan kesungguhan berterusan dalam menangani ancaman itu."

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map