Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura lantik Hawazi Daipi sebagai wakil untuk wilayah Palestin

Nov 08, 2016 | 08:25 AM



MANTAN Setiausaha Parlimen Encik Hawazi Daipi telah dilantik sebagai wakil bukan rakyat baru Singapura untuk wilayah Palestin, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.



Dalam satu kenyataan media, MFA berkata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, yang kini dalam lawatan kerja ke Timur Tengah, mengumumkan perlantikan Encik Hawazi semasa mesyuarat di Ramallah dengan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) Presiden Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Rami Hamdallah, Menteri Ehwal Luar Riyad Al-Maliki, Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Sabri Saidam dan Menteri Ekonomi Negara Abeer Odeh.



"Pemimpin-pemimpin PNA mengalu-alukan perlantikan itu," kata MFA.



Sebagai wakil bukan rakyat untuk PNA, Encik Hawazi akan menyelaras Pakej Bantuan Teknikal Singapura yang Dipertingkat bagi rakyat Palestin.



Pada April tahun ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa Singapura akan menggandakan pakej untuk membantu rakyat Palestin melalui pembinaan keupayaan dari S$5 juta hingga S$10 juta.



Semasa mesyuarat-mesyuarat itu, Dr Maliki mengulangi komitmen Singapura untuk menyokong usaha-usaha pembinaan keupayaan rakyat Palestin, kata MFA.



Ia menambah bahawa lebih daripada 220 rakyat Palestin telah menghadiri kursus di bawah Program Kerjasama Singapura (SCP), yang menyediakan latihan untuk pegawai-pegawai asing dalam bidang seperti pemerintahan dan pentadbiran awam, perancangan bandar dan penjagaan kesihatan.



Dr Maliki juga menegaskan "kedudukan konsisten dan sokongan yang telah lama wujud bagi penyelesaian dua-negara dengan Israel dan Palestin hidup di samping satu sama lain dalam keamanan dan keselamatan" dan "berharap kededua pihak akan meneruskan rundingan menuju ke arah penyelesaian yang adil dan tahan lama", menurut Kementerian itu.



MFA berkata bahawa Dr Maliki akan menjadi tuan rumah majlis makan malam alumni SCP semalam.



Beliau juga akan melawat Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan bertemu Datuk Bandar Al Bireh Encik Fawazi Abed Salim, untuk menyampaikan sumbangan buku-buku dari Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) bagi Perpustakaan Awam Al Bireh hari ini, sebelum bertolak ke Jordan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >