Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura, Malaysia dilantik semula ke badan tadbir ICAO, Indonesia gagal lagi

Oct 05, 2016 | 10:19 AM



SINGAPURA dan Malaysia dilantik semula sebagai hanya dua negara Asia Tenggara untuk duduk dalam badan pembuat keputusan cabang penerbangan awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).



Badan itu, yang dilantik setiap tiga tahun apabila ia bersidang, terdiri daripada 36 negara anggota.



Indonesia, yang telah cuba pada beberapa pusingan kebelakangan ini, gagal sekali lagi untuk diterima menyertai badan tersebut.



Senarai 36 negara itu disahkan awal pagi Rabu (5 Okt, waktu Singapura) selepas tiga pusingan pemilihan oleh negara anggota ICAO yang bertemu di Montreal, Canada hingga 7 Okt.



Negara lain dalam senarai itu termasuk campuran baik negara maju dan membangun seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, India dan Mexico.



Pelantikan semula Singapura, yang duduk dalam badan pentadbir itu sejak 2003, lebih penting kali ini, kata pemerhati.



Ini memandangkan usaha Indonesia baru-baru ini untuk menuntut semula bahagian ruang udara yang diurus oleh pengawal trafik udara Singapura.



Republik ini mengawasi kawasan terlibat di Riau - termasuk pulau Batam dan Bintan - sejak 1946, apabila ia diserahkan tanggungjawab itu oleh ICAO berdasarkan keupayaan teknikal terutamanya.



Profesor undang-undang penerbangan Alan Tan, dari Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata pemimpin Indonesia melakar isu itu sebagai sesuatu yang melibatkan maruah negara dan kedaulatan, dengan mendakwa Indonesia boleh mengatasi kekurangan kepakaran teknikalnya.



Singapura, bagaimanapun, menekankan berulang kali bahawa menguruskan ruang udara berdasarkan keupayaan teknikal semata-mata tidak mengkompromikan kedaulatan Indonesia.



Urusan ruang udara semasa "kritikal bagi Singapura kerana ia memastikan penyelarasan lancar pesawat untuk pendaratan dan perlepasan di Changi", kata Profesor Tan.



Singapura amat berbesar hati dilantik semula, kata Menteri Penyelaras Prasarana yang juga Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, yang mengetuai delegasi Singapura ke perhimpunan itu.



"Kami akan terus aktif dalam menyumbang kepada kemajuan misi ICAO," katanya.



Singapura menyumbang dalam lebih 100 kumpulan pakar ICAO untuk membantu membentuk piawaian antarabangsa dalam bidang daripada keselamatan penerbangan, operasi lapangan terbang, dan pengurusan lalu lintas udara, kepada perlindungan sekitaran penerbangan, undang-undang udara dan perubatan penerbangan, dan kini memimpin 18 daripadanya.



Di samping itu, Akademi Penerbangan Singapura (SAA), cabang latihan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), menyediakan pelbagai program latihan penerbangan khusus untuk karyawan penerbangan awam di seluruh dunia, demi menggalak pembangunan modal insan, kata Kementerian Pengangkutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >