Singapura, Malaysia perlu patuh Perjanjian Air

Namun PM Lee akur keprihatinan Malaysia; lahir harapan terus berbincang secara konstruktif demi capai kemajuan

DARI PUTRAJAYA, MALAYSIA: PERJANJIAN air adalah dokumen asas penting bagi Singapura dan Malaysia, dan kededua negara perlu mematuhi syarat-syarat perjanjian itu, tegas Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra di akhir Rahat Pemimpin semalam, Encik Lee berkata beliau faham ia adalah satu keperluan politik bagi Malaysia untuk bertegas agar harga air di bawah Perjanjian Air 1962 itu disemak.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto