Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Singapura melaporkan 17,051 kes Covid-19 baru, 1,513 pesakit dimasukkan ke hospital

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singapura melaporkan 17,051 kes Covid-19 baru, 1,513 pesakit dimasukkan ke hospital

Mar 09, 2022 | 10:35 PM

JANGKITAN Covid-19 baru harian di Singapura turun pada Rabu (9 Mac) dengan 17,051 kes baru, berbanding 22,201 jangkitan pada Selasa.

Tetapi bilangan orang yang dimasukkan ke hospital naik ke 1,513 pada Rabu, daripada 1,499 pada Selasa.

Bilangan kes harian baru adalah lebih rendah daripada yang dilaporkan Rabu lalu (2 Mac), apabila Kementerian Kesihatan (MOH) mencatatkan 19,159 kes Covid-19 baru.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 kekal di bawah satu pada 0.94, kata MOH.

Ini adalah hari kelapan berturut-turut kadar jangkitan mingguan turun ke bawah satu sejak 2 Mac.

Kadar tersebut merujuk kepada nisbah kes masyarakat untuk minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar lebih daripada satu menunjukkan bahawa bilangan kes Covid-19 mingguan baru semakin meningkat.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata pada Rabu bahawa gelombang Omicron di Singapura kini telah memuncak dan semakin reda.

Sebanyak 11 kematian dilaporkan pada Rabu, turun daripada 15 pada Selasa.

Terdapat 50 pesakit dalam unit jagaan rapi pada Rabu, dan 187 pesakit memerlukan sokongan oksigen.

Di kalangan kes tempatan, 14,563 dikesan melalui ujian pantas antigen (ART), yang bermakna mereka dinilai oleh doktor untuk mempunyai simptom ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 2,295 kes lagi dikesan melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).

Terdapat 193 kes import baru, di mana 61 daripadanya dikesan melalui ujian PCR dan 132 melalui ART.

Hingga Rabu, Singapura telah mencatat sejumlah 885,593 kes Covid-19, dengan 1,110 kematian.

Sekitar 95 peratus daripada penduduk yang layak telah melengkapkan rejimen vaksinasi penuh mereka, dan 69 peratus daripada jumlah penduduk telah menerima suntikan penggalak mereka.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3