Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura menangisi pemergian Lee Kuan Yew

Mar 30, 2015 | 02:00 PM



TANPA mempedulikan hujan lebat, ribuan orang ramai sedia berpayung, berbaju kalis hujan dan membawa bendera Singapura, mereka berbaris di jalan-jalan raya sambil melambai, bertepuk tangan dan melaungkan "Lee Kuan Yew!",  "Kami Cintakan Kamu!" saat keranda mendiang Encik Lee Kuan Yew diusung keluar dengan perlahan di atas pedati meriam dari Bangunan Parlimen dalam perjalanan terakhir persemadiannya.


Hujan lebat turut mencurah di kawasan Tanjong Pagar, Bukit Merah, Commonwealth dan Clementi.


Dentuman meriam 21 das mengiringi perjalanan pedati meriam yang membawa keranda mendiang Lee sedang ia merentasi laluan di Padang.


Sedang keranda melepasi Esplanade, kapal-kapal peronda dari Tentera Laut Singapura dan Polis Kawalan Pantai turut memberi penghormatan terakhir dan turut membunyikan semboyan sebanyak tiga kali.


Perarakan keranda berlangsung sejauh 15.4km, melepasi pelbagai mercu tanda utama dan meliputi estet-estet perumahan utama, termasuk Tanjong Pagar, yang merupakan kawasan undi yang diwakili mendiang Encik Lee sejak 1955.


Perjalanan pedati meriam yang membawa keranda mendiang bermula tepat 12.30 tengah hari tadi dari Bangunan Parlimen hingga ke Pusat Budaya Universiti, Universiti Nasional Singapura, pada 1.40 tengah hari ini.


Acara persemadian akan bermula dari 2 petang hingga 5.15 petang ini sebelum jenazah dibawa ke pusat bakar mayat, Mandai Crematorium, yang hanya dihadiri keluarga mendiang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >