Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura mengecam serangan bom di gereja Surabaya, ucap takziah kepada keluarga mangsa

May 13, 2018 | 05:05 PM



SINGAPURA mengecam keras serangan bom di tiga gereja di Surabaya, Indonesia, hari ini (13 Mei), kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) menerusi satu kenyataan.



Menurut MFA, serangan itu telah mengorbankan orang yang tidak bersalah dan mencederakan ramai lagi orang.



“Singapura mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan semoga mereka yang tercedera pula segera pulih.



“MFA dan Kedutaan Singapura di Jakarta telah menghubungi warga Singapura yang telah mendaftarkan diri dengan MFA untuk menyatakan bahawa mereka berada di Surabaya bagi memastikan keselamatan mereka,” kata MFA.



Tambahnya, sejauh ini tiada warga Singapura yang dilaporkan cedera akibat serangan bom itu atau terjejas secara langsung.



MFA berkata warga Singapura di Surabaya harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan peribadi mereka, mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan memantau berita tempatan dengan dekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >