Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singapura miliki antara ladang solar terapung terbesar dunia

Mar 23, 2021 | 07:07 PM

SINGAPURA memiliki antara ladang solar terapung terbesar dunia berdekatan Woodlands yang berpotensi mengimbangi lebih daripada 4,000 tan karbon dioksida setiap tahun.

Jumlah tersebut setara dengan pelepasan gas rumah hijau daripada lebih 900 kenderaan selama setahun.

Penyedia tenaga mampan Sunseap Group berkata pada Selasa (23 Mac) bahawa ia mengambil sekitar setahun untuk membangunkan ladang solar itu di perairan Selat Johor, dekat Woodlands disebabkan sekatan semasa tempoh penutupan  dek Covid-19.

Sebanyak 13,312 panel, 40 penyongsang dan lebih 30,000 pelampung digunakan di kawasan seluas tujuh padang bola sepak itu.

Sebanyak sekitar 6 juta kiloWat-jam tenaga dijangka terhasil daripada ladang tersebut yang boleh mengimbangi kira-kira 4,258 tan karbon dioksida.

Oleh kerana Singapura amat terhad dari segi tanah kejayaan sistem terapung di laut seperti itu dapat mengorak langkah bagi lebih banyak projek dilakukan untuk memanfaatkan tenaga matahari di sini dan rantau ini. - The Straits Times

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3