Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura negara paling bersedia hadapi gangguan teknologi AI, berbanding 104 bandar global lain

Sep 26, 2019 | 03:15 PM



SINGAPURA adalah negara yang paling bersedia menghadapi gangguan teknologi yang dipandu oleh kecerdasan buatan (AI), mengikut indeks baru mengenai kesediaan AI di kalangan 105 bandar global.



AI, atau teknik yang membolehkan alat mesin untuk belajar daripada set data yang besar, boleh  memudahkan cara kehidupan pada zaman moden ini, dan mampu memberi manfaat yang banyak kepada ekonomi.



Namun pada masa yang sama, kegunaan AI membawa risiko bahawa lebih banyak pekerjaan akan diambil alih oleh mesin, serta maklumat peribadi orang ramai mungkin tersebar.



Dalam usaha menentukan tahap kesediaan bandar global dalam menangani gangguan teknologi yang dipandu oleh AI pada masa depan, syarikat Oliver Wyman Forum yang berpangkalan di New York, telah mengeluarkan hasil kajian tahunan mereka, Global Cities AI Disruption Index, pada Khamis (26 September), dan telah memberi markah kepada setiap bandar atas 31 dasar pemarkahan dalam empat kategori luas: visi, keupayaan pengaktifan , asas aset dan trajektori pertumbuhan.



Singapura menerima markah keseluruhan terbaik pada 75.8, disokong oleh prestasinya yang kukuh dalam kategori visi, yang mengambil kira adanya rancangan masa depan sebagai respons kepada perubahan teknologi akan datang dan rancangan untuk meningkatkan kemahiran pekerja dan projek menaik taraf rangkaian telekomunikasi.



Bandar lain yang menduduki tangga sepuluh teratas ialah London (75.6), New York (72.7), San Francisco (71.9), Paris (71.0), Stockholm (70.4), Amsterdam (68.6), Boston (68.5) 67.3), dan Sydney (67.3).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >