Singapura negeri ketujuh paling pemurah di dunia, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Singapura negeri ketujuh paling pemurah di dunia

Oct 30, 2018 | 01:35 PM

BUAT julung-julung kalinya, Singapura mendapat tempat dalam senarai 10 negara paling pemurah sedunia, menurut badan amal Britain, Charities Aid Foundation (CAF), yang telah mengeluarkan laporannya hari ini. 

Ia mendapat tempat ketujuh dalam Indeks Semangat Memberi Sedunia 2018 yang dikeluarkan yayasan tersebut. 

Sebanyak 140 negara dinilai dalam tiga bidang: memberi masa, menderma wang, dan membantu orang asing. 

Di tempat tertinggi dalam senarai itu adalah Indonesia, diikuti Australia di tempat kedua dan New Zealand di tempat ketiga. 

Di Singapura, seramai 1000 orang ditemuramah tahun lalu dan ditanya sama ada mereka pernah membantu orang yang tidak dikenali, mendermakan wang kepada badan amal atau menjadi sukarelawan pada bulan yang sebelumnya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dua dalam tiga individu yang ditemui pernah membantu orang yang tidak dikenali, manakala empat dalam sepuluh pernah menjadi sukarelawan. Hampir enam dalam sepuluh individu pernah mendermakan wang. 
 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map