Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Singapura paling terjejas oleh kelembapan ekonomi China

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singapura paling terjejas oleh kelembapan ekonomi China

Jan 11, 2016 | 03:35 PM

Pertumbuhan ekonomi China menjadi kuasa besar bagi pertumbuhan serantau dan global, meningkatkan ekonomi negara lain dengan permintaan bagi komoditi dan import lain.

Sekarang sebaliknya berlaku - kelembapannya mengheret juga pertumbuhan di rantau ini.

Di Asia Tenggara, Singapura boleh menjadi negara paling teruk terjejas, dengan kejatuhan 1 peratus dalam pertumbuhan ekonomi China membawa kepada kejatuhan 1.4 peratusan mata pertumbuhan Singapura, menurut anggaran oleh Australia & New Zealand Banking Group.

China destinasi eksport terbesar Singapura, mengambil hampir 15 peratus daripada pengiriman dari negara ini.

Malaysia, Filipina dan Vietnam akan kurang terjejas, ujar Encik Glenn Maguire, Ketua Ekonomi ANZ bagi Asia Selatan, Asia Tenggara dan Pasifik, dalam satu nota pada 6 Jan, menggunakan indeks sensitiviti berdasarkan data sepanjang 10 lalu.

"Dengan eksport menyumbang peratusan lebih besar kepada ekonominya berbanding negara lain, Singapura secara automatik mempunyai sensitiviti tertinggi," kata beliau dalam satu wawancara.

"Untuk meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan, Singapura perlu mengekalkan mutu bekalan buruhnya, menarik teknologi paling canggih dan menumpukan pada barangan bernilai tambah tinggi."

China akan tumbuh 6.7 peratus tahun ini, ramal Bank Dunia minggu lalu, turun daripada anggaran 6.9 peratus pada 2015.

Tanda-tanda pertumbuhan kendur telah merebak ke pasaran kewangan, dengan bank pusatnya minggu lalu menyusutkan nilai yuan.

Ekonomi Singapura yang berorientasikan eksport sudah mula merasai kesannya.

Pertumbuhan negara itu sebanyak 2.1 peratus pada 2015 ialah yang paling rendah dalam tempoh enam tahun, mencerminkan kelembapan di China. - Bloomberg

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3