Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura perkukuh hubungan ekonomi dengan Turki

Apr 04, 2019 | 08:06 PM



MENTERI bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan S Iswaran telah melakukan lawatan rasmi ke Istanbul dan Ankara, Turki, pada 2 April lalu hingga hari ini (4 April).



Lawatan Encik Iswaran itu menegaskan hubungan ekonomi antara Singapura dengan Turki sedang kedua-dua negara memperingati 50 tahun hubungan diplomatik tahun ini.



Dalam pertemuannya dengan Menteri Perdagangan Turki Ruhsar Pekcan, Konsul Jeneral Kehormat Singapura di Turki Murat Özyegin, dan perniagaan Singapura dan Turki yang beroperasi di Turki, Encik Iswaran membincangkan potensi memperdalam hubungan ekonomi antara Turki dan Singapura.



Ini boleh dilakukan dengan memanfaatkan demografi Turki yang baik, lokasi strategik, perkembangan ekonomi mereka dan Perjanjian Perdagangan Bebas Turki-Singapura (TRSFTA).



Perjanjian tersebut yang berkuatkuasa sejak Oktober 2017, membuka peluang perdagangan dan pelaburan merentasi pelbagai sektor untuk perniagaan dari kedua-dua negara, dan meningkatkan hubungan orang-ke-orang.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Encik Iswaran dan Cik Ruhsar dikatakan telah bersetuju untuk menggalakkan dan menyokong perniagaan dari kedua-dua negara meneroka pasaran masing-masing dan membentuk kerjasama.



Singapura dan Turki juga boleh menjadi pintu masuk ke pasaran serantau yang lebih luas masing-masing di Asia dan Eropah.



"Ini akan membina ikatan dua hala yang lebih utuh lagi antara Turki dan Singapura, dan akan membina jalan bagi pertumbuhan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang bagi kedua-dua negara sedang ekonomi kita berubah dan menyesuaikan diri dengan realiti baru," ujar Encik Iswaran.



Ketika di Ankara, beliau turut bertemu dengan Menteri Kehakiman Turki Abdulhamit Gül dan telah menjemputnya ke Singapura bagi majlis menandatangani perjanjian Konvensyen Pengantaraan Singapura pada 7 Ogos 2019, menurut kenyataan MTI tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >