Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: UCAPAN PENGGULUNGAN

Singapura perlu kekal terbuka, perlu tangani sentimen anti-asing

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



SENTIMEN anti-asing tidak seharusnya dibiarkan berakar di Singapura dan ia perlu mengelakkan dari memberi gambaran bahawa negara ini semakin 'tertutup', kata Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong.



Demi memastikan daya saing negara yang baik, Singapura perlu terus kekal terbuka dan terhubung dengan dunia, tegasnya dalam ucapan bagi menggulung perbahasan Belanjawan di Parlimen semalam.



"Ia bukan sekadar pilihan. Ini penting, malah ia penting bagi kewujudan Singapura," katanya.



Jika pelabur global menyimpulkan bahawa Singapura kini lebih tertutup dan tidak menyambut kehadiran pekerja migran dengan baik, Singapura akan menjadi "kurang menarik, dan rakyat Singapura biasa akan menjadi mangsa", kata Encik Wong.



Beliau berkata demikian dalam responsnya terhadap isu yang yang dikemukakan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Encik Cheng Hsing Yao dan Menteri Negara Kanan bagi Pengangkutan dan Anggota Parlimen (AP) Encik Chee Hong Tat (GRC Bishan-Toa Payoh) dan Encik Patrick Tay (SMC Pioneer) mengenai keperluan untuk terus kekal terhubung.



Menurut Encik Wong, perubahan terkini terhadap dasar pekerja migran yang diumumkan dalam Belanjawan tahun ini merupakan penyesuaian yang teliti dan dilakukan sepanjang beberapa tahun.



Katanya: "Ini bukan perubahan dasar yang mendadak.



"Kami menyatakan tujuan ini dengan jelas dalam Jawatankuasa Strategi Ekonomi pada 2010," katanya.



"Kami sedar bahawa langkah memperketat yang terlalu pantas akan meninggalkan kesan terhadap syarikat kecil dan sederhana (SME), namun jika terlalu lambat insentif bagi syarikat akan berkurangan untuk mendorong mereka mempertingkat.



"Justeru, yang penting adalah untuk mengekalkan keseimbangan yang teliti."



Perubahan terkini akan memastikan pekerja migran yang memasuki Singapura cukup berkaliber dan sesuai bagi bidang yang memerlukan mereka, dan supaya mereka dapat melengkapkan tenaga kerja tempatan.



Encik Wong menekankan: "Kami tidak akan menghalang kemasukan pekerja dan profesional asing ke Singapura.



"Mereka penting bagi ekonomi dan daya saing Singapura, dan akan kekal penting.



"Mereka memiliki nilai yang melengkapkan teras warga Singapura di semua peringkat tenaga kerja."



Singapura akan terus mengalu-alukan warga asing komited yang berupaya dan berpegang kepada nilai yang sama "untuk terus kekal dan membantu kita membina fasa seterusnya dalam kisah Singapura," tambahnya.



Ini akan memberikan Singapura peluang yang baik untuk mencapai kejayaan di tengah-tengah persaingan sengit di peringkat global, tambahnya.



Dalam Belanjawan diumumkan, Encik Wong mengumumkan gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas Pekerjaan (EP) baru akan dinaikkan daripada $4,500 kepada $5,000 mulai September ini.



Bagi sektor khidmat kewangan, ia akan dinaikkan daripada $5,000 kepada $5,500.



Sementara itu, gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas S baru juga akan dinaikkan daripada $2,500 kepada $3,000 mulai September. Bagi sektor khidmat kewangan, ia ditetapkan pada $3,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >