Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura perluas had pelabuhannya dan berkata ia akan bertindak tegas jika kapal Malaysia terus menceroboh

Dec 06, 2018 | 08:04 PM



SINGAPURA telah memperluas had pelabuhannya menyusuli pencerobohan oleh kapal Malaysia yang telah berulang kali memasuki perairan wilayah Singapura dekat Tuas.



Mengumumkan demikian semasa satu sidang media di Bangunan Parlimen hari ini (6 Dis), Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata sebanyak 14 pencerobohan oleh kapal Malaysia telah berlaku dalam tempoh lebih seminggu antara 25 November dengan 5 Disember.



Sementara agensi keselamatan Singapura telah bertindak dengan cara yang terkawal terhadap tindakan agresif kapal kerajaan Malaysia di perairan negara ini sejauh ini, Encik Khaw berkata Singapura tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perbuatan ceroboh dan tidak sah di perairannya demi melindungi wilayah dan kedaulatan negara ini, jika perlu.



Encik Khaw turut menggesa kapal kerajaan Malaysia untuk berhenti menceroboh masuk kawasan perairan Singapura dan kembali ke keadaan asal sebelum 25 Oktober lalu.



Pada 25 Oktober lalu, Malaysia mengeluarkan satu warta kerajaan persekutuan untuk mengisytiharkan perubahan kepada had pelabuhan Johor Bahru, sehingga memasuki perairan wilayah Singapura.



Daripada 14 pencerobohan oleh kapal Malaysia yang telah memasuki memasuki perairan wilayah Singapura itu, tiga daripada kapal Malaysia yang terbabit masih di perairan negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >