Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Singapura perlukan juara inovasi: Swee Keat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singapura perlukan juara inovasi: Swee Keat

Apr 11, 2016 | 02:50 PM

SYARIKAT di Singapura perlu menggunakan sepenuhnya kepakaran dan infrastruktur yang ditawarkan oleh institusi penyelidikan bagi "meluas sempadan teknologi pengilangan" dan menjadi juara inovasi, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

Beliau berkata demikian pada Isnin (11 April) selepas mengetuai para wakil daripada pelbagai agensi ekonomi utama dalam lawatan ke Institut Teknologi Pengilangan Singapura (SIMTech) Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) untuk memahami kerjasama dengan industri bagi inovasi dan pertumbuhan.

Encik Heng memberitahu pemberita: "Saya fikir kita perlu mempunyai juara inovasi dalam syarikat berbeza kerana mereka boleh berkembang dan membuat inovasi lebih luas lagi."

SIMTech, kata Encik Heng, telah bekerjasama dengan pengeluar dalam pelbagai projek.

"SIMTech akan memainkan peranan sangat penting dalam program Transformasi Industri kerana kita mempunyai rancangan memastikan sektor pengilangan kita terus berdaya saing dan kita bergerak ke atas keluk teknologi," kata Encik Heng.

"Jika kita menyusun usaha kita dengan lebih baik, kita akan memberi kesan sangat penting," ujarnya.

Tahun lepas, SIMTech bekerjasama dengan lebih 690 syarikat di seluruh industri elektronik, semikonduktor, kejuruteraan jitu, teknologi perubatan, aeroangkasa, automotif, marin dan logistik.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3