Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura pertingkat keselamatan Changi, pusat pemeriksaan lain

Mar 24, 2016 | 07:36 AM



KESELAMATAN di Lapangan Terbang Changi dan pusat pemeriksaan lain Singapura telah dipertingkat, berikutan letupan Selasa lalu (22 Mac) di Lapangan Terbang Brussels dan stesen kereta api metro bandar itu, yang mengorbankan 31 orang dan mencederakan 270.



Pihak berkuasa di sini juga telah meningkatkan pemeriksaan dan rondaan di terminal pengangkutan utama, jurucakap Kementerian Ehwal Dalam Negeri memberitahu akhbar The Straits Times pada Rabu.



"Kami akan menentukur langkah-langkah keselamatan mengikut persekitaran ancaman ini," katanya.



Tiada maklumat lanjut diberi mengenai keselamatan yang bertambah baik itu.



Encik Christopher de Souza, pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang, berkata: "Keselamatan yang dipertingkat di pintu masuk darat, laut dan udara perlu dijangka. Kita harus mempersiapkan mental kita dengan pemikiran 'bila' dan membuang set minda selesa 'apakah' (serangan akan berlaku di sini)."



Beliau mengulangi perkara yang dinyatakan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, Jumaat lalu ketika mengumumkan peningkatan utama langkah-langkah memerangi pengganasan.



Salah satu langkah yang dicadangkan berikutan serangan di Brussels ialah menyaring semua penumpang dan pelawat sebelum mereka memasuki lapangan terbang.



Namun, para pakar mengatakan ini tidak perlu dan boleh menyebabkan kesesakan.



Mereka juga menolak pendekatan yang digunakan di negara lain. Di lapangan terbang utama India, sebagai contoh, hanya pelancong dibenarkan memasuki terminal, manakala di Israel, pemeriksaan dijalankan seawal sepanjang jalan menuju ke lapangan terbang.



Encik H.R. Mohandas, ketua program diploma pengurusan penerbangan di Politeknik Republic, berkata: "Langkah-langkah yang mencukupi telah disediakan di Lapangan Terbang Changi dengan rondaan keselamatan di kawasan awam, dan juga pemeriksaan ke atas penumpang sebelum mereka masuk ke dalam kawasan larangan."



Penolong Profesor Terence Fan, pakar pengangkutan dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU), berkata membuat orang ramai menjauhi lapangan terbang bertentangan dengan usaha memasarkan lapangan terbang sebagai syurga beli-belah dan makan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >