Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Singapura pertingkat keselamatan susuli serangan di Istanbul

Jun 30, 2016 | 07:51 AM

PEMERIKSAAN keselamatan dan rondaan di pusat pemeriksaan dan titik tumpuan pengangkutan utama di Singapura dipertingkat berikutan serangan pengganas di sebuah lapangan terbang di Istanbul, Turkey, umum Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Rabu (29 Jun).

Namun, ia tidak mendedahkan butirannya.

Langkah itu menyusuli serangan bunuh diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk pada Selasa malam, yang membunuh 41 orang dan mencederakan 239.

Usaha keselamatan sama dijalankan di Singapura selepas serangan pengganas lain, termasuk di Paris pada November tahun lalu dan di Jakarta pada Januari.

Keselamatan di Singapura juga dipertingkat berikutan letupan di lapangan terbang dan stesen metro di Brussels, Belgium, pada Mac.

Berita Popular

Jurucakap MHA berkata agensinya, termasuk Pasukan Polis Singapura dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), telah meningkatkan pemeriksaan dan rondaan di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut, serta titik tumpuan pengangkutan utama.

"Kami akan menentukur langkah-langkah keselamatan mengikut sekitaran ancaman," katanya.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map