Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura pertingkat langkah cegah Zika

Jan 28, 2016 | 07:59 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan memperkenal langkah-langkah untuk mengawal virus Zika daripada bertapak di sini.


Walaupun tiada kes dikesan di Singapura, agensi itu dalam satu kenyataan pada Rabu (27 Jan) berkata kes import ke Singapura "tidak dapat dielak", memandangkan kehadiran penyakit bawaan nyamuk di rantau ini dan jumlah perjalanan rakyat Singapura serta pelancong.


"Terdapat risiko tinggi jangkitan tempatan, memandangkan vektor nyamuk Aedes terdapat di sini. Oleh itu, virus ini boleh menjadi endemik di Singapura," kata kenyataan itu.


Antara langkah yang diambil ialah menampal poster kesihatan di lapangan terbang untuk pelancong, meningkatkan kesedaran virus itu dalam masyarakat perubatan dan memasukkan sesiapa sahaja yang disahkan menghidap penyakit itu di bilik seorang di hospital.


Langkah-langkah itu akan mengurangkan risiko virus tersebut diimport, memudahkan pengesanan awal kes, dan mengawal penyebaran jangkitan sekiranya ia berlaku di sini.


Dikaitkan dengan beribu-ribu kes bayi dilahirkan dengan otak kurang membangun, virus Zika disebarkan oleh nyamuk Aedes, vektor yang sama bagi virus denggi dan chikungunya.


Di Asia Tenggara, kes sekali-sekala telah dikesan di Kemboja, Indonesia, Filipina, Malaysia Timur dan Thailand pada tahun-tahun kebelakangan ini.


Pada masa ini, ia merebak di seluruh Amerika Selatan, dengan Brazil melaporkan wabak besar-besaran, dianggarkan lebih satu juta jangkitan tahun lepas.


Pihak berkuasa telah menasihatkan pelancong yang pulang dari kawasan terjejas supaya mendapatkan rawatan perubatan jika mereka mengalami gejala Zika seperti demam, ruam kulit, sakit sendi dan otot, sakit kepala dan mata merah.


Menurut kenyataan itu, NEA, yang telah menjalankan pemantauan ke atas virus itu sejak 2013, akan meningkatkan kawalan vektor intensif bersama Pasukan Petugass Antara Agensi Denggi.


Ketua eksekutif NEA mengetuai pasukan petugas itu, yang terdiri daripada 27 agensi pemerintah dan dan persatuan swasta.


Kawalan vektor kekal sebagai "kunci mencegah penyebaran virus Zika", kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >