Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura rancang galak hubungan perniagaan dengan sektor teknologi India

Oct 12, 2019 | 04:22 PM



SINGAPURA telah melancarkan satu pelan untuk meningkatkan kerjasama perniagaan dengan India melalui inovasi teknologi.



Mengumumkan tentang peluasan rangkaian Perikatan Inovasi Sejagat (GIA), Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran menyifatkan langkah itu sebagai satu pencapaian dalam kerjasama ekonomi antara kededua negara.



Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha Singapura untuk menghubungkan perniagaan baru atau ‘start-up’ dan syarikat kecil dan sederhananya (SME) dengan ekosistem teknologi India.



"Sekitaran ‘start-up’ di India sangat bertenaga dan Bangalore menyumbang kepada suku daripada pasaran ‘start-up’ di India ... aliran bakat yang dapat dijana daripada kerjasama ini sangat besar," kata Encik Iswaran kepada The Straits Times di luar acara Techsparks, persidangan teknologi ‘start-up’ di Bangalore.



India merupakan rakan dagangan signifikan Singapura, dengan jumlah dagangan dua hala  mencecah $26.4 bilion pada 2018.



Pelaburan Singapura di India telah melambung sejak sedekad lalu, sekali gus menjadikan ia pelabur terbesar India pada 2018. Sebahagian besar pelaburan itu adalah dalam sektor tradisional seperti barang pengguna dan infrastruktur bangunan, serta pembangunan hartanah.



Jalinan hubungan baru itu bertujuan memberi lebih banyak perhatian kepada perniagaan baru, terutama dalam sektor digital.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >