LAGI enam kes Covid-19 disahkan hingga 12 tengah hari Sabtu (3 Oktober), menjadikan jumlah 57,800 jangkitan di Singapura sejauh ini.
Ini termasuk empat kes yang diimport dan mereka diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Satu kes dalam masyarakat dilaporkan.
Maklumat lanjut akan diumumkan malam nanti.