Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura sedang siasat jumlah besar urus niaga rentas sempadan rumit berkaitan 1MDB

May 05, 2016 | 09:33 AM



PIHAK berkuasa Singapura berkata pada Rabu (4 Mei) mereka sedang menyiasat sejumlah besar urus niaga rumit dalam siasatan menyeluruh rentas sempadan yang dipercayai ada kaitan dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini terdedah semasa sesi perbicaraan di mahkamah negara membabitkan Kelvin Ang Wee Keng, yang didakwa pada 20 April memberi rasuah $3,000 antara 2013 dan 2014 kepada penganalisis penyelidikan Lee Chee Waiy untuk mempercepat penyediaan laporan penilaian baik yang akan dikeluarkan oleh firma beliau.

Ang, warga Singapura kedua didakwa berhubung siasatan itu, direman sejak 20 April, Dia dipercayai bekerja dalam sektor kewangan.

Kes Ang, 34 tahun, dijadualkan didengar pada Mei 11. Difahamkan dia mungkin menghadapi lebih banyak tuduhan.

Warga Singapura pertama dikenakan tuduhan ialah Yeo Jiawei, bekas pengurus kekayaan di bank swasta Swiss BSI yang ditangkap pada Mac dan didakwa pada 15 April dengan kesalahan di bawah Akta Rasuah, Mengedar Dadah dan Jenayah Berat lain (Rampasan Ganjaran).

Yeo didakwa menerima ganjaran daripada perbuatan jenayah, dan menipu serta menghalang keadilan. Kesnya dijadualkan didengar pada Khamis (5 Mei).

Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan pada Rabu permohonan pendakwaan untuk menahan reman Ang selama seminggu lagi tetapi membenarkan beliau mendapat akses "munasabah" akses kepada peguamnya, Encik Hamidul Haq.

Ketua Pendakwa Tan Ken Hwee berkata ini permintaan terakhir pendakwaan untuk reman bagi tujuan siasatan. Beliau berkata siasatan setakat ini mengesahkan Ang mempunyai "urusan luas lebih dua tahun dengan Yeo, dan beberapa orang lain yang terbabit dalam urusan tidak wajar".

Beliau menyifatkan Yeo sebagai "tokoh utama dalam siasatan:.

"Terdapat elemen rentas sempadan dalam urus niaga rumit dan berlapis itu, yang melibatkan banyak syarikat kulit (digunakan sebagai alat bagi helah kewangan). Mengurai, membongkar dan menganalisis dengan menyeluruh semua transaksi ini... akan terus mengambil masa yang panjang," kata Encik Tan.

Pihak berkuasa akan "memuktamadkan kedudukan berkaitan (Ang) dalam tempoh enam hari mendatang".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >