Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura semakin murah hati menurut Indeks Derma Dunia

Oct 26, 2016 | 02:38 PM



MYANMAR dinamakan sebagai negara paling murah hati di dunia buat tiga tahun berturut-turut, menurut Indek Derma Dunia Yayasan Bantuan Amal (CAF).



Indeks tahunan itu, yang menyusun purata 1,000 respons setiap satu daripada 140 negara, melihat pada tiga ukuran utama: membantu orang tidak dikenali, menderma wang dan sumbangan sukarela.



Singapura naik enam tangga daripada tahun sebelumnya kepada tempat 28 - terbaik bagi negara ini sejak indeks itu dilancarkan pada 2010.



Pencapaian Republik ini bertambah baik dalam dua bidang: membantu orang tidak dikenali dan menderma.



Separuh rakyat Singapura yang dikaji didapati telah membantu orang tidak dikenali, manakala hampir enam dalam 10 (58 peratus) menderma tahun lepas.



Kayu pengukur ketiga, sumbangan sukarela, menyaksikan markah peratus Singapura jatuh sedikit daripada 27 kepada 23.



Di Myanmar, sembilan dalam 10 orang menderma wang bagi amal.



Menurut indeks itu, kemurahan hati rakyat Myanmar mencerminkan amalan Sangha Dana, di mana sebahagian besar penduduk Buddha Theravada Buddha negara itu menderma kepada orang yang menjalani kehidupan amat sederhana.



Ia juga disebabkan "keyakinan meluas" menjelang pilihan raya umum penting November lepas.



Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Sri Lanka menyusuli Myanmar sebagai lima negara paling murah hati.



China di tempat paling bawah, dengan markah rendah terutama dalam sumbangan sukarela dan derma. Ia antara hanya segelintir negara yang mempunyai markah satu angka dalam dua kategori itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >