Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura tandatangan perjanjian PBB bagi hapus segala bentuk diskriminasi kaum

Oct 20, 2015 | 03:34 PM



Singapura telah menandatangani satu perjanjian antarabangsa bagi menghapuskan diskriminasi atas dasar kaum.


Wakil Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Cik Karen Tan, menandatangani Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) iru bagi pihak negara ini pada Isnin (19 Okt).


Singapura dijangka mengesahkan konvensyen PBB itu pada 2017, umum Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kenyataan pada Selasa.


Kementerian juga akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan, termasuk melalui perundingan awam, bagi memenuhi tanggungjawab negara ini di bawah perjanjian tersebut.


"Sepanjang 50 tahun lalu, kita telah membina sebuah Singapura di mana setiap warga penting, tanpa mengira bangsa, bahasa dan agama. Ini telah menjadi pendekatan asas kita bagi pembangunan negara dan akan terus membimbing kita ke masa depan," kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu.


"Menandatangani ICERD memperkukuh lagi komitmen kita bagi tujuan ini, untuk menunjukkan tanpa ragu-ragu bahawa tidak ada tempat bagi diskriminasi kaum di Singapura."


MCCY juga berkata dalam kenyataannya bahawa Singapura sentiasa komited dalam mengekalkan sebuah masyarakat berbilang kaum di mana setiap orang sama, tanpa mengira bangsa, bahasa dan agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >