Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERLAWANAN PERSAHABATAN

Singapura tewas 0-6 kepada Argentina

Jun 13, 2017 | 11:38 PM



PERLAWANAN sebentar tadi diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-125 Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



Namun, tiada apa yang dapat diraikan di  wisel penamat, setelah pasukan negara ditumpaskan 0-6 oleh Argentina, mengakhiri rangkaian tiga perlawanan  tanpa menang dalam tempoh seminggu.



Selepas diikat 1-1 dalam perlawanan persahabatan dengan Myanmar, Singapura tewas 1-2 kepada Taiwan dalam kelayakan Piala Asia Sabtu lalu.



Malam tadi (13 Jun), disaksikan 20,000 penonton di Stadium Negara, jurang antara anak didik V. Sundramoorthy - di tangga ke-157 - dengan Argentina - pasukan nombor dua dunia - amat ketara.



Meskipun bermain tanpa beberapa bintang pemain mereka seperti Lionel Messi dan Gonzalo Higuain di Stadium Negara, Argentina masih mampu menunjukkan ketangkasan mereka di hadapan pintu gawang - sesuatu yang gagal dilakukan pasukan tuan rumah sejak beberapa perlawanan sebelum ini.



Jorge Sampaoli yang mengambil alih tugas Edgardo Bauza dalam perlawanan keduanya, selepas mengalahkan Brazil 1-0 di Melbourne minggu lalu menyaksikan beliau menggunakan formasi 2-3-4-1 menentang Singapura.



Gol pembukaan Argentina dijaringkan bekas pemain Tottenham Hotspur Federico Fazio pada minit ke-25 sebelum penyerang Carlos Correa menjaringkal gol kedua enam minit kemudian.



Pemain Singapura gagal mengawal perlawanan dan gawang mereka terus dibolosi dengan gol ketiga Argentina dijaringkan oleh Alejandro Gomez menerusi satu rembatan kecang di luar kotak penalti di minit ke-61.



Argentina terus melebarkan jurang dan memberi tamparan kepada benteng pertahanan Singapura menerusi Leandro Paredes yang berjaya mengawal bola di luar kotak sebelum melepaskan tendangan yang menemu sasarannya pada minit ke-74.



Lucas Alario menjaringkan gol kelima Argentina di masa tambahan sebelum, Angel Di Maria mengakhiri perlawanan dengan gol keenam Argentina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >