Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura tidak ambil sembarang pendirian mengenai tikai Laut China Selatan

Jul 12, 2016 | 08:58 AM



SINGAPURA tidak mengambil sembarang pendirian mengenai kelebihan sesuatu tuntutan tertentu dalam pertikaian wilayah di Laut China Selatan, kata Menteri Luar Vivian Balakrishnan pada Isnin (11 Jul).



Walaupun negara ini percaya tuntutan kedaulatan bertindih perlu diselesaikan oleh pihak yang berkenaan, ini perlu dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen menngenai Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982, katanya kepada Parlimen.



"Semua pihak perlu menahan diri daripada tingkah laku provokatif yang boleh menimbulkan ketegangan di Laut China Selatan," kata Dr Balakrishnan.



Penekanan semula beliau tentang pendirian Singapura itu datang sedang tribunal timbang tara di The Hague dijadual menerbitkan keputusannya berhubung kes yang dibawa Filipina bagi menentang tuntutan China di Laut China Selatan.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi, Encik Dennis Tan, mengenai rancangan Kementerian Ehwal Luar untuk mengukuhkan pendirian bersama Asean mengenai isu Laut China Selatan, memandangkan Singapura kini penyelaras dialog perkongsian Asean-China.



Dr Balakrishnan memberitahu Parlimen soalan itu datang pada masa sensitif dan beliau terpaksa lebih berhati-hati ketika menjawab.



Beliau berkata kesepakatan awam Asean mengenai Laut China Selatan kali terakhir dicerminkan dalam kenyataan pengerusi semasa rahat menteri luar Asean di Vientiane Februari lalu, dan sentimen para menteri Asean itu disampaikan pada Mesyuarat Menteri Luar Asean-China khas di Kunming pada 14 Jun.



Singapura, katanya, bukan pengerusi semasa Asean atau pihak yang menuntut di Laut China Selatan.



Prosiding timbang tara Filipina terhadap China "adalah keputusan nasional yang dilaksana Filipina tanpa berunding dengan kami semua (Asean)," ujar Dr Balakrishnan.



Beliau juga menyatakan semula pendirian Singapura bahawa tuntutan bertindih harus diselesaikan oleh pihak berkenaan mengikut undang-undang antarabangsa.



Dan sebagai penyelaras negara semasa hubungan Asean-China, "Singapura akan menyokong sepenuhnya dan memudahkan proses pimpinan Asean bagi mengurus atau membantu mengurus ketegangan".



"Kita akan terus melaksana peranan ini secara telus, objektif, dengan tujuan memelihara perpaduan dan kredibiliti Asean dengan pada masa sama memajukan hubungan pelbagai aspek dan saling menguntungkan antara kita dengan China," katanya.



"Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan untuk memajukan perpaduan, kredibiliti dan kedudukan utama Asean."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >