AGENSI air negara PUB telah mula membekalkan lebih banyak air bersih kepada Johor, yang sedang menghadapi musim kemarau, kata agensi itu semalam.
Ini berikutan permintaan daripada Badan Kawalselia Air Johor (Bakaj) supaya menambah 5 juta hingga 6 juta gelen air bersih sehari disebabkan bekalan yang rendah, menurut satu kenyataan PUB semalam.