Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura umum program bantuan pembangunan mapan baru di PBB

Sep 28, 2015 | 10:26 AM



SINGAPURA telah mengumumkan pelancaran sebuah program baru di mana ia akan bekerjasama dengan rakan-rakan untuk memberi tumpuan pada isu-isu pembangunan, semasa Sidang Puncak Pembangunan Mampan 2015 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Bercakap dalam sidang puncak itu pada Ahad (27 Sep), Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan, berkata satu faktor dalam perjalanan pembangunan mampan Singapura ialah perkongsian bersama dan "sebagai warga global bertanggungjawab, Singapura akan terus berbakti kepada masyarakat antarabangsa".


Tahun ini, sidang puncak itu menerima pakai Agenda bagi Pembangunan Mampan 2030 - satu rangka kerja pembangunan global jangka panjang dengan 17 matlamat.


Matlamat-matlamat itu - yang hendak dicapai menjelang 2030 - merangkumi bidang seperti penghapusan kemiskinan, air dan sanitasi dan perubahan iklim.


Di bawah Program Pembangunan Mampan baru itu, Singapura akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menawarkan program kepimpinan dan program mengenai bandar dan urbanisasi mampan, serta menyediakan latihan dan perundingan dalam bidang air dan sanitasi.


Program ini adalah di bawah Program Kerjasama Singapura, yang bermula pada 1992.


Menimbulkan soal jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara, Dr Balakrishnan berkata ia "secara langsung ada kaitan Agenda 2030", dan banyak masalah serupa itu tidak dapat ditangani secara sepihak.


"Kita perlu kerjasama serantau dan antarabangsa lebih erat untuk mengenakan tekanan undang-undang dan komersial untuk mencegah syarikat tidak bertanggungjawab mencari untung daripada tanah tidak mapan dan pembasmian hutan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >