KUMPULAN Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) mengeluarkan nasihat selepas penggodam mencuri kod-kod masuk (login) digital Facebook.
Facebook mendedahkan sehingga 50 juta akaun pengguna dicuri dalam kes terburuk berdasarkan jumlah akses yang diperolehi.
Ia disifatkan sebagai 'isu keselamatan amat serius' oleh ketua eksekutif Facebook, Encik Mark Zuckerberg.
SingCert berkata penggodam mengeksploitasikan ciri 'View As' dalam Facebook bagi memasuki akaun pengguna secara haram dan boleh mendapat maklumat peribadi pengguna.
Penggodam akan cuba menggunakan maklumat itu bagi mewujudkan laman 'phishing' yang bertujuan memancing pengguna.
SingCERT menasihati pengguna agar berhati-hati terhadap percubaan memancing ke laman yang cuba menipu itu atau tidak menjawab panggilan atau e-mel yang mencurigakan.
Pengguna juga harus memantau jika terdapat tanda-tanda akaun Facebook mereka disalahguna.
Mereka juga digalak menggunakan sistem pengesahan dua faktor bagi keselamatan akaun lebih baik, kata SingCERT.
Untuk mendapatkan panduan bagi amalan siber yang baik, lungsuri https://www.csa.gov.sg/gosafeonline/go-safe-for-me/homeinternetusers/cy…