BUAT julung-julung kalinya, SingHealth mengiktiraf kakitangan penjagaan kesihatan di bawah naungannya semalam atas usaha mereka menunjukkan teladan baik, mengelak kesilapan, meningkatkan piawai keselamatan pesakit serta mencegah amalan tidak selamat.
Anugerah Sasaran Sifar Bahaya itu disampaikan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong kepada 10 jururawat serta dua pasukan yang diterajui jururawat di bawah institusi SingHealth sempena sambutan Hari Jururawat, semalam.