Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingHealth minta maaf salah label wanita hamil positif HIV

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



PENYEDIA khidmat kesihatan SingHealth meminta maaf selepas doktor poliklinik kendaliannya tersilap menandakan seorang wanita hamil sebagai positif HIV dalam laporan perubatannya.



Wanita Filipina berusia 34 tahun itu datang ke Poliklinik Outram pada 6 Jun untuk mendapatkan pengesahan bagi laporan pemeriksaan kesihatan bagi Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), menurut laporan laman Stomp kelmarin.



Doktor yang memeriksanya menandatangani laporan yang menyatakan beliau positif HIV walaupun ujian menunjukkan keputusan negatif.



Semasa menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST),



Dr Sinead Wang, pengarah klinik SingHealth Poliklinik Outram, berkata:



"Kami memohon maaf atas tekanan dan kesusahan kepada pesakit kami dan keluarganya kerana kesilapan transkripsi dalam laporan pemeriksaan perubatan ICA.



"Kami sudah menasihatkan doktor berkenaan dan mengambil langkah memperkemas proses demi memastikan ini tidak berlaku lagi."



SingHealth kemudian memberi wanita itu laporan betul.



SingHealth antara tiga kelompok penjagaan kesihatan bersepadu di Singapura, merangkumi empat hospital awam, lima pusat khusus nasional dan sembilan poliklinik.



Suami wanita itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Ng, 36 tahun, memberitahu ST bahawa kejadian itu telah menimbulkan ketegangan dalam perkahwinannya.



Beliau menyangka isterinya telah bermain kayu tiga dan berkata beliau mahu bercerai selepas melihat laporan itu.



Encik Ng, warga Singapura, dan isterinya telah berkahwin selama empat tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.



Mereka kini menanti kelahiran anak kedua sekitar Januari tahun depan.



Encik Ng, seorang pengurus jualan, mendakwa SingHealth mengambil masa lebih seminggu untuk menjawab pertanyaannya tentang ketepatan laporan itu, justeru mengakibatkan lebih banyak tekanan ke atas mereka.



Namun, SingHealth menjelaskan bahawa mereka menghubungi Encik Ng dua hari selepas menerima e-melnya pada 8 Jun.



"Dengan proses yang ketat di sini, saya tidak menjangka industri penjagaan kesihatan membuat kesilapan seperti ini, malah saya memberitahu beliau tidak mungkin berlaku kesilapan," kata Encik Ng.



"Meletak tanda pada kotak tertentu (positif HIV) itu tidak masuk akal."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >