Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingHealth reka tudung khas untuk pekerja penjagaan kesihatan Muslimah, beri pilihan guna tudung sendiri

Oct 28, 2021 | 12:21 PM



KAKITANGAN penjagaan kesihatan Muslimah di bawah naungan SingHealth diberi pilihan memakai tudung yang disediakan atau tudung mereka sendiri.



Tudung itu dihasilkan khas untuk pekerja penjagaan kesihatan, dengan belahan bagi memudahkan pemakaian pelitup pembedahan dan stetoskop.



Ia juga mempertimbangkan penggunaan bahan yang ringan dan mampu menyerap kelembapan.



Kakitangan boleh membeli tudung yang diluluskan oleh SingHealth itu dari kedai-kedai Pharmacare dalam institusi SingHealth.



Kakitangan juga dibolehkan memakai tudung mereka sendiri, asalkan ia memenuhi garis panduan SingHealth tentang desain, bahan dan warna.



Ini bagi memastikan keseragaman dan mengekalkan penampilan profesional di kalangan kakitangan dalam seluruh kelompok SingHealth.



Kakitangan boleh memilih daripada tiga warna iaitu putih, kelabu terang dan kelabu gelap.



Bagi kakitangan penjagaan kesihatan dalam sekitaran klinikal berisiko tinggi, seperti di teater pembedahan, di mana tahap kebersihan dan steril lebih tinggi diperlukan, memakai tudung sendiri tidak dibenarkan.



Kakitangan perlu terus menggunakan topi sekali guna pakai buang, di mana relevan, menurut garis panduan kawalan dan pencegahan jangkitan sedia ada.



Penggunaan tudung pakai buang sedang dipertimbangkan, dan lebih banyak maklumat akan diberikan kelak.



“Semua kakitangan dikehendaki mematuhi garis panduan yang diberikan oleh Panel Penasihat Klinikal Kementerian Kesihatan, terutama dasar “tiada pakaian di bawah siku” yang tertakluk ke atas semua kakitangan yang terlibat dalam penjagaan langsung pesakit, serta garis panduan klinikal bagi pemakaian tudung dalam sekitaran berbeza,” kata Ketua Jururawat Kumpulan di SingHealth, Adjung Prof Madya Tracy Carol Ayre, yang juga pengerusi jawatankuasan kerja pelaksanaan SingHealth. 



Hospital awam di bawah SingHealth termasuk Hospital Besar Singapura (SGH), Hospital Besar CHangi (CGH) Hospital Besar Sengkang (SKH) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >