Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

SingHealth, SGInnovate jalin kerjasama bangun, tingkat inovasi sains kesihatan dengan AI

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



SATU kerjasama tiga tahun antara SingHealth dengan SGInnovate untuk membangunkan dan meningkatkan inovasi sains kesihatan dengan kecerdasan buatan (AI) telah diumumkan semalam.



Kerjasama itu bertujuan memajukan pembangunan dan penggunaan AI serta teknologi baru yang lain untuk mempertingkat diagnostik dan rawatan, serta penyampaian penjagaan kesihatan dan hasil klinikal di Singapura.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, telah menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) oleh kedua-dua pihak yang berlangsung secara dalam talian semalam.



SGInnovate - sebuah pertubuhan swasta milik pemerintah - menggunakan kajian saintifik untuk menghasilkan aplikasi intensif teknologi manakala institusi penjagaan kesihatan paling lama negara ini - Hospital Besar Singapura (SGH) - berada di bawah SingHealth, kata Encik Ong semasa berucap di acara tersebut.



Satu contoh penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan ialah chatbot Doctor Covid.



Chatbot itu berupaya berkomunikasi dengan pekerja asing yang dijangkiti Covid-19 dalam bahasa mereka dan membolehkan pasukan penjagaan kesihatan memantau keadaan klinikal dan mental pekerja itu di kemudahan penjagaan masyarakat dengan lebih baik, ujar Encik Ong.



Keupayaan klinikal dan penyelidikan SingHealth yang meluas serta klinisian dan penginovasi penjagaan kesihatannya, bersama kepakaran teknologi mendalam SGInnovate dan masyarakat perusahaan, syarikat pemula dan penginovasi yang pelbagai, akan memaksimumkan potensi inovasi sains kesihatan.



Bidang tumpuan pertama ialah AI.



Dalam ucapannya, ketua eksekutif kumpulan SingHealth, Profesor Ivy Ng, berkata mereka mengalu-alukan lebih banyak projek AI dalam bidang yang melibatkan pembelajaran mesin data besar, analitik dan model ramalan risiko yang dapat antara lain dan mengoptimumkan sumber tenaga manusia.



Bagi seorang pesakit, huraian berdasarkan AI seharusnya menghasilkan keputusan yang setara atau lebih baik dari segi prestasi, selain setanding atau lebih rendah kosnya, berbanding model penjagaan standard sekarang.



Berkata demikian, ketua eksekutif SGInnovate, Dr Lim Jui, turut menyifatkan kerjasama ini sebagai satu langkah besar ke hadapan kerana belum ada kerjasama seumpama itu yang dimeterai di peringkat ini sejauh ini.



Kerjasama itu juga akan menyediakan sumber yang diperlukan syarikat pemula untuk membangun dan berkembang.



Selain itu, kerjasama tersebut turut bertujuan membangunkan bakat melalui peluang latihan dan pertukaran.



Encik Ong berkata penjagaan kesihatan merupakan industri dengan rasa belas kasihan dan empati yang tinggi.



"Dalam usaha kami meningkatkan keupayaan dan menyampaikan penjagaan lebih baik, kita harus memastikan AI dapat bekerjasama di samping kami, bukan sebagai kecerdasan buatan, tetapi sebagai risikan diperkukuh yang dapat memperkasa pekerja penjagaan kesihatan kita agar mempunyai keupayaan lebih besar untuk membawa lebih banyak kasih sayang, penjagaan dan belas kasihan kepada pesakit," ujarnya.




"Dalam usaha kami meningkatkan keupayaan dan menyampaikan penjagaan lebih baik, kita harus memastikan AI dapat bekerjasama di samping kami, bukan sebagai kecerdasan buatan, tetapi sebagai risikan diperkukuh yang dapat memperkasa pekerja penjagaan kesihatan kita agar mempunyai keupayaan lebih besar untuk membawa lebih banyak kasih sayang, penjagaan dan belas kasihan kepada pesakit."
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >