SingPass baru yang lebih selamat akan dilancar mulai 5 Julai, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Setempat0

SingPass baru yang lebih selamat akan dilancar mulai 5 Julai

Jul 02, 2015 | 12:11 PM

KATA laluan SingPass baru yang lebih selamat akan dilancarkan Ahad ini dengan tujuan untuk memperkukuhkan lagi keselamatan dan kemudahan akaun bagi perkhidmatan pemerintah dalam talian.

Penguasa Pembangunan Infokom Singapura (IDA) berkata, ia juga akan menampilkan lebih banyak ciri-ciri mesra-telefon bimbit dan muka pengguna yang lebih baik.

Di bawah SingPass baru, perkhidmatan e-pemerintah yang sensitif seperti semakan CPF atau memfail cukai akan memerlukan pengesahan dua langkah (2FA).

Selepas kata laluan pertama dimasukkan, sistem akan menghantar kata laluan kedua yang digunakan untuk sekali sahaja, sama ada melalui SMS atau melalui token keselamatan OneKey.

Pengguna juga akan menerima SMS atau pemberitahuan emel apabila terdapat sebarang perubahan yang dibuat pada akaun mereka.

Discover Malay Home Based Businesses

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu
Betul!
Salah!
Well done! You got:
/5
Words Right
Try the new Halal Food Map