Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingPost akan guna kenderaan elektrik untuk hantar surat jelang 2026

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



POSMEN di Singapura tidak lama lagi akan menggunakan kenderaan elektrik untuk menghantar surat.



Singapore Post mengumumkan semalam ia akan menggantikan semua kenderaan ringannya dengan kenderaan elektrik menjelang 2026.



Sebagai permulaan, syarikat itu telah memulakan projek perintis untuk menggunakan dua skuter dan dua van elektrik.



Skuter tiga roda Iona RAP sedang dipertimbangkan dalam perintis itu untuk menggantikan 700 motosikal dan skuter sedia ada yang dikuasai enjin pembakaran dalam (internal combustion engines).



Van BYD T3 itu pula dijangka menggantikan 140 van petrol SingPost sedang sijil hak pemilikan mereka bakal luput dalam lima tahun akan datang.



SingPost menyasarkan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 35 peratus menjelang 2030.



Projek perintis itu dijangka berakhir dalam beberapa bulan akan datang dan boleh diperluas jika kriteria seperti keselamatan dipenuhi.



"Sebagai penyedia perkhidmatan pos yang terkemuka di Singapura, kenderaan penghantaran kami dipandu merata-rata di seluruh negara setiap hari.



"Ada potensi besar untuk kami melakukan yang lebih baik untuk planet ini," kata ketua eksekutif SingPost Singapore Encik Vincent Phang.



Dua skuter Iona RAP akan dikerah bagi laluan Anson Road-Shenton Way dan Emerald Hill-Cairnhill, dan akan memaparkan warna hijau, kata SingPost.



Mereka didapati mengeluarkan gas rumah hijau sekitar 75 peratus lebih rendah berbanding dengan kenderaan pembakaran dalaman.



Setiap kali dicas, kenderaan elektrik itu boleh berjalan sehingga 120 kilometer, jauh melebihi purata 15 hingga 20 kilometer yang dipandu posmen setiap hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >