Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingPost kata ia tidak tiru reka peti surat bijak pelajar SUTD

Sep 27, 2019 | 08:28 PM



SINGPOST menafikan dakwaan seorang penuntut Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD) bahawa mereka telah meniru sebuah projek sekolah bagi prototaip kotak surat bijaknya yang diperkenalkan awal minggu ini.



Dalam satu pos awam di laman LinkedIn semalam (26 September), Encik Jerry Neo berkata “syarikat yang tampak pada lahirnya bereputasi baik” seperti SingPost “boleh meniru projek pelajar secara seluruhnya dan mendakwa ia yang pertama di dunia”, lapor The Straits Times (ST).



Encik Neo, yang menurut profilnya merupakan mahasiswa Pembangunan Produk Kejuruteraan SUTD, memuat naik satu gambar bertarikh April yang menunjukkan sekumpulan penuntut dan seorang lelaki yang beliau kenal pasti sebagai “VP SingPost” berdiri bersebelahan mesin yang digambarkan sebagai “kotak surat auto”.



Beliau juga memuat naik gambar tangkap layar pertukaran mesej teks, di mana wakil SingPost yang dikatakan itu memohon bagi video dan gambar projek itu.



Dalam mesej yang dihantarkan pada Mei lalu, Encik Neo bertanya tentang kerjasama dengan SingPost untuk terus membangunkan projek mereka, dengan pihak yang lagi satu memberi balasan bahawa usaha mengadakan projek bersama tidak ideal “kerana keperluan kami agak berbeza”.



Encik Neo menulis di LinkedIn bahawa kumpulannya tidak diberi penghargaan dalam pengumuman SingPost kelmarin tentang pembangunan sebuah prototaip sistem kotak surat dan setem bijak yang akan membolehkan posmen memuatkan barangan pos ke dalam mesin untuk disusun dalam slot simpanan.



Dalam satu kenyataan pada Jumaat (27 September), SingPost berkata dakwaan bahawa mereka telah menjiplak desain kotak surat bijaknya daripada projek sekolah Encik Neo adalah “tidak benar”.



Menurut syarikat itu, Encik Neo dan rakan kelasnya telah mendekati SingPost pada Februari lalu untuk meminta bantuan bagi projek sekolah mereka bertajuk “mesin ATM surat”.



Ketika itu, usaha untuk membangunkan kotak surat bijaknya sendiri telah pun dimulakan, kata SingPost.



“SingPost memaklumkan kepada Encik Neo dan kumpulannya ketika itu bahawa kami sedang mengusahakan satu projek yang serupa tetapi tidak dapat mendedahkan lanjut disebabkan perjanjian yang tidak boleh didedahkan (non-disclosure agreement) dengan pembangun prototaip kami, yang telah pun membangunkan desain kotak surat bijak permulaan,” kata seorang jurucakap.



“Desain Encik Neo tidak pernah digunakan dalam proses iterasi kami atau dikongsi dengan vendor prototaip kami…sebenarnya, meskipun terdapat pertukaran mesej teks, SingPost tidak menerima atau memiliki desain Encik Neo,” tambah jurucakap itu.



SingPost enggan mendedahkan identiti kakitangan yang berunding mengenai projek pelajar itu, namun berkata individu itu bekerja dalam jabatan kejuruteraan pos dan tidak terlibat dalam desain surat kotak bijak itu.



Menyifatkan desain dan operasi dua mesin itu sebagai “berbeza dengan ketara”, SingPost berkata perbezaan utama termasuk keupayaan menjejak, penggunaan lengan mekanikal bagi proses menyusun dan menyimpan, dan keupayaan menghantar pelbagai surat ke unit simpanan yang sama pada masa yang sama.



Namun begitu, mereka berkata pihaknya boleh melakukan lebih baik dalam “komunikasinya bersama Encik Neo dan kumpulannya untuk mengelakkan salah faham ini”, sambil menambah bahawa mereka sedang mengaturkan pertemuan dengan pelajar tersebut dan profesor yang terlibat untuk menjelaskan hal tersebut.



ST dalam laporannya berkata Encik Neo enggan mengulas apabila dihubungi pada Jumaat, sambil berkata beliau akan bertemu dengan wakil SingPost hari ini untuk membincangkan isu tersebut.



SUTD berkata pihaknya sedang “bekerjasama dengan semua pihak untuk menjelaskan dakwaan itu”.



“Fakulti dan pelajar kami telah menerima undangan SingPost untuk bertemu bagi tujuan mendapatkan penjelasan,” kata jurucakap universiti itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >