SingPost lancar platform baru nilai posmen
Jul 17, 2019 | 05:30 AM
PENDUDUK di beberapa kawasan di Yishun dan Bukit Timah kini boleh mengenali posmen dan memberi penilaian atas khidmat mereka menerusi satu wadah baru yang dilancarkan SingPost demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengatasi masalah berhubung pos dengan lebih cepat.
Menurut kenyataan SingPost semalam, wadah itu pertama kali diperkenalkan kepada penduduk yang tinggal di kawasan dengan kod pos bermula 58, 59, 65 dan 76.