Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Singpost lancar setem harimau sempena Tahun Baru Cina

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singpost lancar setem harimau sempena Tahun Baru Cina

Jan 08, 2022 | 05:30 AM

SINGPOST semalam melancarkan set setem dengan tema harimau (gambar) sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba.

Set itu, yang direka Cik Lim An-ling, akan dijual di semua pejabat pos, kedai filateli dan menerusi laman web Singpost.

Cik Lim, yang telah mereka bentuk setem untuk SingPost sejak 2013, juga merupakan pereka di sebalik set Bicentennial Singapura 2019 yang memaparkan peristiwa penting termasuk ketibaan British, kemerdekaan dan visi masa depan negara ini.

Setiap set setem mempunyai dua denominasi: Tempatan Pertama (30 sen) dan $1.40.

Sampul surat hari pertama dengan tanda pos harimau zodiak khas juga boleh didapati pada harga $3.10 setiap satu.

Sampul pengumpul edisi terhad dengan setem peringatan $10 pula berharga $18.80 setiap satu.

Sampul itu, dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh tradisi keratan kertas Cina, akan dijual dalam folder bersama lapan paket merah.

Sampul itu direka oleh Encik Andy Koh, yang telah terlibat dengan edaran setem sejak 2000.

Barangan Singpost lain yang dijual termasuk setem hiasan pepenjuru yang disarungkan dalam bingkai dan satu siri produk bertemakan harimau MyStamp.

Label pos yang dibeli di kiosk SAM terpilih di Pejabat Pos Besar dan Pejabat Pos Suntec akan menampilkan reka bentuk bertemakan harimau sempena Tahun Baru Cina yang telah bermula semalam.

Kadar pos diskaun ditawarkan bagi mereka yang menghantar kad ucapan di Singapura dan luar negara.

Kadar dikenakan bagi semua kad bercop dan kad berfranki yang diposkan antara 11 Januari dan 2 Februari.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3