Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingPost lancar setem peringati 50 tahun Aturan Pertahanan Lima Negara

Nov 01, 2021 | 04:40 PM



SATU set setem baru telah dilancarkan oleh SingPost pada Isnin (1 Nov) untuk memperingati ulang tahun ke-50 Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA).


Empat setem bergambar itu menunjukkan ikatan kukuh yang dipupuk di kalangan pertubuhan tentera dan pertahanan lima negara yang terikat dengan aturan itu - Britain, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura.


Lukisan pada setem itu menunjukkan pengerahan aset udara, darat dan laut daripada kesemua lima tentera dalam latihan FPDA, kata SingPost dalam kenyataannya pada Isnin.


FPDA ialah pakatan yang dibentuk pada 1971 untuk melindungi bekas jajahan British iaitu Malaysia dan Singapura, selepas British berundur dari timur Terusan Suez. Pada waktu itu, kedua-dua negara menghadapi ancaman luar di tengah-tengah pencerobohan daripada negara lain dan pergolakan di Asia Tenggara.


Lima negara dalam FPDA itu bersetuju untuk berunding dengan satu sama lain dengan segera sekiranya berlaku serangan atau ancaman bersenjata ke atas Malaysia atau Singapura.


Pakatan itu telah diperkukuh dalam tahun-tahun kebelakangan dalam bidang bukan konvensional seperti memerangi pengganasan, keselamatan maritim, bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana untuk seiring dengan landskap keselamatan yang berubah-ubah, tambah SingPost dalam kenyataan itu.


Lima negara itu juga telah menyertakan keselamatan siber dalam latihan FPDA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >