Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

SingPost minta maaf atas kegagalan khidmat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SingPost minta maaf atas kegagalan khidmat

Jan 15, 2019 | 02:35 PM

SINGPOST telah meminta maaf kepada pelanggannya semalam (14 Januari) bagi kegagalan khidmatnya baru-baru ini.

Menurutnya, ini disebabkan tempoh amat sibuk yang dialaminya pada bulan November dan Disember lalu, yang melebihi ramalan dan jangkaan mereka.

Akibat jumlah kiriman yang meningkat sepanjang tempoh itu, SingPost berkata posmennya terpaksa membuat penghantaran ke tambahan 20 lagi rumah secara purata setiap hari dan bekerja lebih masa.

Pengguna media sosial baru-baru ini telah mengutarakan aduan tentang apa yang didakwa mereka sebagai khidmat penghantaran yang buruk oleh SingPost.

Antara lain, seorang pengguna Facebook berkata seorang posmen meninggalkan nota di depan pintunya dan terus pergi selepas mengetuk pintunya selama beberapa saat.

Menyusuli kenyataan yang dikongsinya itu, beberapa pengguna media sosial lain turut berkongsi pengalaman mereka.

Menerusi Facebook, SingPost berkata mereka bergantung pada pekerja di barisan depan untuk menawarkan pengalaman terbaik bagi pelanggan.

Namun mereka akur telah mengalami kegagalan khidmat disebabkan tindakan sesetengah pekerja.

Menyatakan bahawa kelakuan sedemikian tidak dapat diterima, SingPost berkata mereka memandang serius isu yang timbul kebelakangan ini dan akan mencari cara untuk segera memperbaikinya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3