Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingPost naikkan kadar bayaran kirim surat, barangan mulai 2023

Dec 17, 2022 | 03:39 PM



SYARIKAT penghantaran surat dan barangan, Singapore Post (SingPost), akan menaikkan kadar bayaran untuk mengepos surat dan mengirim barang tahun depan disebabkan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).



GST akan dinaikkan daripada 7 kepada 8 peratus mulai Januari 2023 dan kepada 9 peratus mulai Januari 2024.



Kadar bayaran bagi khidmat pengiriman tempatan tertentu juga akan dinaikkan antara 2 dengan 10 sen menjelang 2024.



Ketua Pegawai Eksekutif (Singapura) SingPost, Cik Neo Su Yin, berkata kadar bayaran itu juga disemak di tengah-tengah kenaikan kos luar biasa dari segi tenaga manusia, minyak dan elektrik akibat didorong tekanan inflasi.



“SingPost telah menampung kesan kenaikan kos tenaga manusia, minyak dan elektrik yang didorong tekanan inflasi ini.



“Langkah semakan kadar ini akan membantu kami memastikan kami dapat terus menawarkan khidmat kami dengan piawaian yang tinggi serta membolehkan kami beroperasi dengan berdaya tahan, dengan kenaikan GST akan datang,” ujarnya.



Kadar bayaran bagi kiriman asas biasa yang standard dengan berat hingga 20 gram akan dinaikkan kepada 31 sen tahun depan dan 32 sen mulai 2024, berbanding 30 sen sekarang.



Kiriman asas biasa yang standard dengan berat hingga 40 gram pula akan dinaikkan kepada 38 sen tahun depan dan 39 sen mulai 2024, berbanding 37 sen sekarang.



Setem tempatan bagi barangan dengan berat hingga 20 gram pula akan ditetapkan pada harga 31 sen manakala setem tempatan bagi barangan hingga 40 gram akan ditetapkan pada 38 sen mulai tahun depan.



Orang ramai yang memiliki setem itu sekarang boleh terus menggunakannya tahun depan, tanpa perlu menokok perbezaan harganya.



Sementara itu, harga bagi kiriman yang boleh dijejak – yang kini ditetapkan antara $2.55 dengan $3.40 – juga akan dinaikkan tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >