Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Singtel akan ambil, latih 500 karyawan bidang teknologi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Singtel akan ambil, latih 500 karyawan bidang teknologi

Kerjasama dengan IMDA, NUS dan SP; Tempoh dua tahun bagi penuhi peranan dalam 5G, teknologi baru
Feb 11, 2021 | 05:30 AM

SINGTEL akan mengambil dan melatih 500 profesional di Singapura dalam masa dua tahun sebagai sebahagian daripada kerjasama Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Politeknik Singapura (SP).

Daripada jumlah tersebut, 150 akan memenuhi peranan baru berhubung rangkaian 5G dalam bidang seperti kejuruteraan rangkaian, khidmat digital dan produk 5G dan pembangunan platform.

Bakinya akan dilatih dalam teknologi baru seperti teknologi Internet of Things (IoT), kejuruteraan awan dan analitik data, kata Singtel semalam.

Syarikat telekomunikasi itu juga akan melatih semula sekitar 2,300 pekerja sedia ada sedang ia mempersiap untuk melaksanakan rangkaian 5G seluruh negara tahun depan.

Pada September tahun lalu, IMDA mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk mewujudkan 1,000 tempat dalam kepakaran 5G menjelang akhir tahun lalu.

Beberapa tempat kosong telahpun dipenuhi oleh 500 bakal pekerja Singtel, yang merangkumi lulusan baru dan profesional pertengahan kerjaya.

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, menjadi tetamu di ibu pejabat latihan Singtel di George Street semalam, di mana beliau telah diberitahu mengenai usaha latihan syarikat tersebut.

"Singtel merancang untuk merekrut 500 pekerja sepanjang dua tahun akan datang dan ia merupakan bahagian penting dalam membangunkan keupayaan keseluruhan sektor teknologi dan komunikasi maklumat tetapi apa yang sama pentingnya ialah merombak set kemahiran yang sedia ada di Singtel," kata Encik Iswaran.

"Secara asasnya, apa yang perlu kita lakukan ialah bekerja dengan spektrum bakat warga Singapura."

Latihan bagi pekerja Singtel akan merangkumi kursus singkat selama beberapa minggu sehingga program akademik sepenuh masa yang berlangsung setahun atau lebih.

Kerjasama Singtel dengan NUS dan SP diletakkan di bawah 5G dan inisiatif Pengurus Program Telekom, yang membantu rakan kongsi industri mengenal pasti dan membangunkan kursus latihan berkaitan 5G.

Latihan bagi peranan sokongan seperti pembangun sofwe juga akan ditawarkan oleh syarikat latihan TechSkills Accelerator (TeSA) IMDA.

Singtel dan syarikat usaha sama antara StarHub dengan M1 memenangi hak untuk membangunkan rangkaian 5G negara.

Di bawah keperluan IMDA, syarikat telekomunikasi perlu menawarkan rangkaian mudah alih 5G kepada sekurang-kurangnya separuh negara menjelang akhir 2022 dan mempertingkat ke seluruh negara menjelang 2025.


"Singtel merancang untuk merekrut 500 pekerja sepanjang dua tahun akan datang dan ia merupakan bahagian penting dalam membangunkan keupayaan keseluruhan sektor teknologi dan komunikasi maklumat tetapi apa yang sama pentingnya ialah merombak set kemahiran yang sedia ada di Singtel...Secara asasnya, apa yang perlu kita lakukan ialah bekerja dengan spektrum bakat warga Singapura."
- Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3