Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singtel akan belanjakan lebih $2b bagi bangunkan semula Comcentre

Feb 24, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT telekomunikasi Singtel bakal membelanjakan lebih $2 bilion - termasuk kos tanah - bagi membangunkan semula ibu pejabat Comcentre.



Ini sedang ia meneruskan usaha memaksimumkan potensi tapak Comcentre tersebut dan meningkatkan keberkesanan bangunan, langsung membolehkan syarikat tersebut meraih nilai dari hartanah tersebut.



Pembangunan semula itu dijangka siap pada 2028.



Comcentre baru yang terletak di 31 Exeter Road itu dijangka merangkumi kawasan keseluruhan lebih 110,000 meter persegi bangunan pejabat Grade A, komponen runcit dan infrastruktur telekomunikasi Singtel sedia ada, Orchard Exchange.



Menurut kenyataan Singtel semalam, ia merancang menerapkan reka bentuk mampan dan teknologi digital pada pejabat itu, untuk menjadikannya "bangunan pejabat generasi baru" di mana terletaknya ibu pejabat Singtel dan menawarkan ruang bekerja hibrid bagi penyewa lain.



Singtel akan kekal sebagai penyewa utama yang menggunakan lebih 30 peratus ruang bangunan itu. Ruang bakinya akan disewakan dan menjadi saluran pendapatan berterusan.



Pemaju projek tersebut belum ditetapkan, namun Singtel telah mengenal pasti dua syarikat bagi fasa pertama tender tersebut berdasarkan reka bentuk konsep, penilaian aset dan rekod.



Proses tender akan ditutup pada Mac dan syarikat tersebut dijangka membuat pilihan akhir Mei nanti.



JLL akan menjadi penasihat hartanah dalam transaksi itu.



Menyusuli langkah pembangunan semulanya itu sebagai sebahagian daripada strategi mengitar semula modalnya, Singtel merancang menyerahkan Comcentre kepada syarikat usahasama yang akan dibentuk dengan pemaju dipilih.



Singtel akan memegang majoriti saham usahasama baru tersebut, menurut kenyataan itu lagi.



Syarikat telekomunikasi itu juga telah mendapat pengesahan secara prinsip daripada Penguasa Tanah Singapura (SLA) untuk melanjutkan pajakan ke atas semua lot yang membentuk Comcentre hingga 2089.



Ketua Eksekutif Kumpulan Singtel, Encik Yuen Kuan Moon, berkata:



"Memaksimumkan potensi pembangunan unik Comcentre ini akan meningkatkan nilainya secara ketara di kawasan di mana pembangunan pejabat Gred A kurang.



"Kami berusaha untuk menggunakan modal yang boleh diperolehi dari aset sedia ada untuk membiayai inisiatif pertumbuhan kami termasuk 5G dan peluasan wilayah perniagaan pusat data kami."



Tambahnya: "Pembangunan ibu pejabat kami juga menyokong visi kami untuk membina masa depan yang lebih mesra alam dan mampan dan akan terus memudahkan usaha kami mencapai sasaran karbon sifar bersih kadar sifar bagi operasi kami."



Singtel akan berpindah dari Comcentre pada 2024 untuk bersiap sedia bagi pembangunan semula itu dan pekerja akan beralih ke ruang sementara di premis Singtel lain seluruh Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >